fbpx

‘Kerajaan berjimat, rakyat bersusah-payah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Besar tanggungjawab rakyat untuk bertahan dengan kerajaan hari ini”.

Demikian kata-kata Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta rakyat bersabar berkait isu kenaikan gaji.

Beliau berkata, meskipun kerajaan mengumumkan ‘bajet mewah’ 2023 yang memperuntukkan hampir 90 peratus untuk perbelanjaan mengurus, namun masih banyak kelompongan yang meresahkan rakyat.

“Antaranya adalah hutang peneroka Felda tidak dihapuskan dan tiada peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang.

“Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga tidak diperincikan secara spesifik dan hanya isi rumah yang mempunyai tanggungan anak sahaja layak menerima bantuan maksimum RM2500,” katanya dalan kenyataan hari ini.

Jelas Khairul, hakikatnya bukan Perdana Menteri sahaja yang kononnya berjimat tidak mengambil gaji, malah rakyat juga berjuang dengan lebih susah payah.

Selain itu, Khairul turut mempersoal mengenai perbelanjaan defisit golongan penjawat awam yang masih mempunyai gaji yang tidak relevan dan mencukupi.

“PM (Anwar) jangan lupa Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli) sebelum PRU-15 tegas meletakkan keutamaan tertinggi bagi kerajaan yang akan mentadbir negara ialah menaikkan gaji minimum,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI