fbpx

Lelaki cari peminat JDT tercicir duit di Stadium Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar lokasi wang yang dijumpai Nor Azan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, dua hari lalu.

PETALING JAYA – Seorang lelaki sedang mencari peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kehilangan wang di Stadium Bola Sepak Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur, sejak dua hari lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook Nor Azan Shah Shahrani, dia memohon agar orang ramai berkongsi hantaran itu supaya dia dapat mengembalikan semula wang tersebut kepada tuannya.

“Peminat JDT tercicir wang (nilai boleh dapat dua jersi original JDT terbaharu). Saya cam muka, boleh hubungi 0127223107 untuk saya kembalikan wang ini.

“Ciri-ciri pemilik adalah berusia awal 50-an dan duduk di Grandstand penyokong KL City. Berasal dari Johor tetapi lama menetap di Kuala Lumpur,” katanya.

Hantaran tersebut yang tular sejak semalam memiliki 2,200 tanda suka serta lebih 2,900 perkongsian.

Setakat ini, difahamkan, lelaki tersebut masih belum menemui pemilik wang berkenaan dan berharap akan menjumpainya dengan kuasa tular.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai memuji sikap Nor Azan kerana bertanggungjawab dan jujur setelah menjumpai duit berkenaan.

“Semoga diberikan rezeki yang melimpah ruah buat abang sekeluarga kerana bersikap jujur,” kata daeng.

“‘Respect’ (hormat) bang, Islam memang ajar kita macam itu. Kalau jumpa duit orang jangan ambil untuk kegunaan sendiri. Haram walaupun 10 sen,” ujar Radzi.

“Bak kata ustaz, duit kalau terjumpa jangan ambil. Kalau niat ambil nak serah kepada tuannya tu boleh. Tapi kalau tak jumpa, sedekah duit itu kat tabung masjid atau mana-mana. InsyaAllah akan dapat balasan pahala,” jelas Nur Helmi.

Terdahulu, pasukan JDT yang berjaya menewaskan menewaskan Kuala Lumpur City 3-0 meskipun bermain dalam cuaca hujan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI