fbpx

Tukang cat kenderaan ditemui mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui mati dalam kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan di sini hari ini.

TAPAH – Seorang tukang cat kenderaan ditemui mati dalam kereta yang diparkir di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan di sini hari ini.

Keadaan mangsa, Ng Kar Weng, 26, yang tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Honda Jazz itu disedari orang awam pada pukul 10.56 pagi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa dijumpai telah meninggal dunia dalam kereta yang diparkir berhampiran tandas awam.

Katanya, pemeriksaan di dalam kenderaan berkenaan menjumpai pasu tanah berisi arang yang telah terbakar di ruang kaki penumpang bahagian belakang kereta tersebut.

“Tiada saksi di tempat kejadian mahupun rakaman kamera litar tertutup. Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa juga mendapati tiada kesan kecederaan atau unsur-unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasata ke atas bapa mangsa memaklumkan bahawa lelaki itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan masih bujang.

Katanya, lelaki itu juga memberitahu anaknya yang tinggal seorang diri di Menglembu, Ipoh itu juga tidak pernah menceritakan apa-apa masalah kepada ahli keluarga lain.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukil 11.30 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota segera diarahkan oleh komander operasi untuk membuka pintu kereta itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Mayat mangsa dikeluarkan dari kereta oleh pihak polis yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) dengn dibantu petugas Kementerian Kesihatan. Operasi tamat pada pukul 12.12 tengah hari,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI