fbpx

Gaji rendah di Malaysia punca rakyat berhijrah ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBANYAKAN rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berasal dari Johor. – GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Kos sara hidup yang semakin mencengkam kehidupan rakyat negara ini mendorong rakyat Malaysia memilih untuk berhijrah mencari rezeki di Singapura.

Faktor kedudukan mata wang yang kukuh dan kestabilan politik juga menjadi antara faktor ramai golongan muda memilih untuk berkelana ke negara jiran itu.

Menurut Perunding Kerjaya di Singapura, Najib Halim, ramai pekerja di negara ini terpaksa me­lakukan lebih daripada satu kerja dan ramai isteri pula membantu mencari nafkah keluarga untuk memperoleh pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan.

“Ketika seluruh negara ber­depan cabaran pandemik Co­vid-19 sebelum ini, negara kita tidak terkecuali dan ramai rak­yat kita terpaksa diberhentikan ­kerja. Selepas memasuki fasa endemik, ramai rakyat kita sukar untuk dapat kerja balik.

“Sejak pintu sempadan Malay­sia-Singapura dibuka pada 1 April tahun lalu, ramai yang sertai seminar kami untuk mencari kerja di Singapura. Hampir 30 hingga 40 peratus peserta terdiri daripada golongan profesional, jurutera paling ramai.

“Kebanyakan yang hadir mahu bekerja dalam industri perkila­ngan kerana kemahiran mereka memang diperlukan di Singa­pura,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, peluang kenaikkan pangkat yang lebih baik dan tinggi juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia mahu bekerja di negara jiran itu.

“Pekerja muda sangat bermotivasi dan bersemangat tinggi untuk mempelajari kemahiran dan pengalaman baharu, jadi mudah untuk mereka naik pangkat,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI