fbpx

Bekas pegawai bank didenda guna butiran pelanggan buat kad kredit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Pegawai Pemasaran Bank Leong Yew Hong 31,didenda RM8000,mengaku bersalah Menggunakan Kad Kredit Pelanggan Untuk Kegunaan peribadi Didakwa Di Mahkamah Taiping, pagi ini. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAIPING: Seorang bekas pegawai pemasaran bank didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu majikannya dengan meluluskan kad kredit pelanggan bagi kegunaan sendiri pada November lalu.

Tertuduh, Leong Yew Hong, 31, juga berdepan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda. Hukuman itu dibuat selepas tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari.

Tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai pegawai pemasaran eksekutif didakwa menipu majikannya dengan meluluskan kad kredit atas nama pelanggan dan dia yang bertanggungjawab menguruskan permohonan dan kelulusan kad kredit pada 27 November 2022.

Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, mangsa membuat aduan kepada pihak bank setelah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) menunjukkan terdapat kad kredit dikeluarkan atas namanya dan digunakan yang berjumlah RM8,564.40.

Siasatan yang dijalankan pengurus siasatan bank mendapati tertuduh mempunyai 17 kad kredit milik pelanggan lain setelah mendapatkan maklumat pelanggan sewaktu mengadakan promosi di sekitar Taiping.

Tertuduh melakukan permohonan dengan menggunakan kad pengenalan pelanggan serta mencetak maklumat kad pengenalan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Media pada Selasa lalu melaporkan, seorang lelaki diberkas selepas disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri tanpa pengetahuan dan kebenaran sehingga mengakibatkan kerugian RM563,422. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI