fbpx

TMJ ingatkan kepentingan sistem beraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Situasi sekarang adalah petunjuk jelas yang menunjukkan apa akan berlaku apabila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada ahli politik.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar.

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja dimana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan “semak dan imbang” dalam pentadbiran negara, ” titah baginda dalam satu hantaran di akaun Facebook hari ini.

Majlis Raja-Raja dilaporkan bersidang hari ini bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimaklumkan akan cadangan-cadangan tersebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan petang Jumaat berkenaan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI