fbpx

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dijangka bermula setelah kenderaan rasmi terakhir yang membawa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara pada pukul 2.30 petang tadi.

Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara dengan didahului Sultan Johor kira-kira pukul 1.30 petang diikuti Sultan Selangor 2.14 petang.

Kenderaan rasmi Sultan Kedah menyusul pada pukul 2.18 petang diikuti kenderaan rasmi Sultan Terengganu (2.20 petang), Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (2.23 petang) dan Raja Perlis (2.28 petang).

Sultan Perak menjadi Raja Melayu terakhir tiba iaitu pada pukul 2.30 petang sebelum pintu utama Istana Negara ditutup. Kenderaan rasmi Sultan Kelantan tidak kelihatan dalam tempoh berkenaan.

Mesyuarat khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung petang ini dijangka membincangkan cadangan-cadangan yang dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimaklumkan akan cadangan-cadangan tersebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan petang Jumaat berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI