fbpx

PKR dakwa tidak wujud situasi darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berpandangan tidak wujud keadaan darurat di negara ini.

Beliau mendakwa, negara sebaliknya diancam ketidakcekapan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir negara khususnya bagi memenangi perjuangan mengatasi wabak Covid-19.

“Kenyataan Datuk Seri Azmin Ali mengenai apa yang diistilahkan sebagai “Darurat Ekonomi” adalah tindakan mendahului Majlis Raja-Raja yang akan bersidang hari ini.

“Walau apa sekali pun istilah dan nama yang cuba dipakaikan PN terhadap cadangan mereka, hakikatnya tidak wujud keadaan darurat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmin yang juga Ketua Penerangan PN beberapa hari lalu berkata, dakwaan pembangkang negara menjurus ke arah pemerintahan diktator jika darurat ekonomi diisytiharkan adalah tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab.

Kata beliau, pemimpin pembangkang memilih untuk menyemai rasa takut dan kebencian rakyat terhadap usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam menjamin kesihatan, keselamatan awam serta pemulihan ekonomi.

Shamsul Iskandar seterusnya mendakwa, kerajaan PN sudah tidak ada keabsahan kerana rakyat dan majoriti wakil mereka di Parlimen tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keseluruhan jemaah menteri.

Dakwa beliau, krisis keyakinan itu mesti diuruskan mengikut jalur Perlembagaan dan undang-undang negara. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI