fbpx

Projek jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar perlu disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan wang ehsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 Siri 2 di Arena Square, Parit hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

PARIT – Projek jajaran lebuh raya baharu menghubungkan Gopeng-Kuala Kangsar sebagai laluan alternatif ke utara tanpa melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan perlu disegerakan, kata Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut Menteri Besar Perak itu, pelaksanaan projek tersebut penting bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas dan kemalangan yang kerap berlaku di laluan berkenaan.

“Saya yakin projek ini akan dapat dilaksanakan sebab kita rasa resah saban minggu berlaku kemalangan atau kemalangan maut di tempat yang digeruni di Terowong Menora.

“Kita harap lagi cepat diluluskan, lagi cepat projek itu dibangunkan, jadi lagi cepat kita boleh membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Arena Square Parit di sini hari ini.

Menurut beliau, projek tersebut telah dicadangkan syarikat pemaju kepada kerajaan negeri pada Februari 2021, namun pelaksanaannya tertangguh ekoran beberapa faktor termasuk pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun katanya, syarikat itu telah melalui beberapa prosedur yang perlu dan kini sedang menunggu keputusan Kabinet untuk mendapatkan perjanjian konsesi berkaitan pembinaan lebuh raya berkenaan.

“Mereka telah pergi ke Kementerian Kerja Raya (JKR) dan melalui segala proses yang patut selain perlu ada persetujuan dari segi harga oleh Kementerian Kewangan.

“Disebabkan projek ini dilaksanakan secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI), sudah tentu ada keperluan untuk Kementerian Kewangan menentukan atau bersetuju dengan harga yang dicadangkan oleh pihak kontraktor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI