fbpx

60 penunggang tolak motosikal ke IPD Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 60 penunggang yang terpaksa menolak motosikal mereka ke IPD Taiping sejauh tiga kilometer selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan semalam.

TAIPING – Seramai 60 penunggang bermandi peluh selepas terpaksa menolak motosikal mereka sejauh lebih tiga kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, kesemua mereka yang berusia antara 14 hingga 20 tahun itu ditahan dalam Ops Samseng Jalanan.

“Kesemua mereka diarahkan berbuat demikian selepas ditahan dalam operasi yang dijalankan selama lima jam bermula pukul 5 petang.

“Sebanyak 60 surat saman dikeluarkan terhadap penunggang tersebut selepas pemeriksaan dilakukan ke atas 84 motosikal,” katanya.

Tambah Razlam, sejumlah 107 kesalahan direkodkan dalam operasi tersebut termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh serta nombor pendaftaran, topi keledar, ekzos dan aksesori yang telah diubahsuai selain tidak mengikut undang-undang.

Katanya, empat pemandu turut disaman dalam operasi yang berakhir pada pukul 10 malam itu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI