fbpx

Dua warga emas mati lemas terperangkap dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY menunjukkan lokasi dalam kediaman penemuan mangsa lemas warga emas wanita di Jalan Kongsai, Kampung Baru, Chaah, Segamat.

SEGAMAT – Mayat dua warga emas yang lemas dalam banjir di dua buah rumah berasingan ditemui dalam bilik utama kediaman keluarga mereka di Jalan Kongsai, Kampung Baru Chaah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa adalah seorang wanita dan lelaki kedua-duanya berusia lingkungan 70an berbangsa Cina.

“Dua warga emas tersebut dipercayai berusaha menyelamatkan diri hingga saat akhir, berdasarkan keadaan mayat kedua-duanya ditemui tetapi tidak berjaya keluar dan dipercayai lemas dalam banjir yang melanda kediaman mereka dalam kejadian itu semalam.

“Berita kehilangan kedua warga emas itu dilaporkan keluarga masing-masing kira-kira pukul 8 pagi tadi selepas kedua-duanya gagal di hubungi,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Bilik Gerakan IPD Segamat, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zamry, mangsa pertama wanita ditemui pada pukul 9 pagi manakala mayat lelaki ditemui pukul 11 pagi di tempat kejadian dan kemudiannya dihantar ke Hospital Segamat untuk proses bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan buat masa ini, punca kejadian dalam siasatan. Kedua-dua keluarga kepada mangsa ini akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan atau boleh disalurkan terus kepada IPD Segamat di talian 07-9312222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI