fbpx

APM selamatkan lelaki dalam kenderaan separuh tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang berhadapan detik-detik cemas apabila kenderaannya dihanyutkan arus deras di Jalan Sawah Lebar, Kuala Pilah pagi tadi. - IHSAN APM

KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang berhadapan detik-detik cemas kenderaannya dihanyutkan arus deras di Jalan Sawah Lebar, di sini, pukul 7.10 pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kuala Pilah menerima satu panggilan kecemasan dari orang awam menyatakan terdapat sebuah kereta dan seorang mangsa terperangkap dalam banjir di Jalan Sawah Lebar.

Menurutnya, seramai empat anggota ke lokasi kejadian yang diketuai oleh Pbt. (PA) Ahmad Husaini Ahmad Kamal.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati terdapat sebuah kereta telah separuh tenggelam di dalam arus yang deras. Anggota segera memulakan operasi menyelamat dan berjaya mengeluarkan seorang mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dengan selamat,” katanya hari ini.

Ujar Mohamad Ghazali orang ramai diminta segera hubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana di kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI