fbpx

Kilang baja bau busuk digempur lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA yang dirampas dalam serbuan itu.

KUALA SELANGOR – Sebuah kilang baja di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di sini, digempur kali kedua selepas dikesan beroperasi semula secara haram hari ini.

Kilang memproses sisa ayam sebagai baja pertanian itu telah dikenakan tindakan termasuk sitaan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada 14 Jun tahun lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, serbuan pukul 9 pagi itu dijalankan hasil  aduan orang awam mengenai gangguan bau busuk daripada premis tersebut.

Katanya, pemeriksaan mendapati kilang itu beroperasi di lokasi yang terlindung dengan aktiviti pertanian dan pernah disita pihaknya sebelum ini selain pengusaha premis gagal menyediakan persekitaran bersih sehingga mengeluarkan bau busuk.

“Justeru, kilang itu diarah tutup serta merta dan dikompaun atas kesalahan tidak memiliki lesen aktiviti mengilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohamad Lutfi, pihaknya turut menyita satu penjana kuasa elektrik dan jentera forklift dan kes itu disiasat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKS) 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI