fbpx

Ahmad Zahid tinjau jalan runtuh, Jambatan Bailey dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID (dua dari kanan) meninjau kawasan jalan runtuh yang menyebabkan penduduk di Felda Selancar di Rompin terputus hubungan.

ROMPIN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melakukan tinjauan segera ke lokasi kejadian jalan runtuh yang menyebabkan penduduk Felda Selancar di sini terputus hubungan.

Ahmad Zahid berkata, bagi segera mengatasi masalah penduduk Felda Selancar yang terputus hubungan itu kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan membina sebuah Jambatan Bailey.

“Koordinasi telah dilakukan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan pemasangan akan dilakukan oleh kor jurutera Angkatan Tentera Malaysia yang mana saya telah menghubungi panglima tentera darat untuk mobilisasikan kor jurutera.

“Paling penting jambatan bailey akan dipasang sebaik sahaja (peralatan) sampai, ini sekurang-kurangnya dapat membantu penduduk di sini untuk terus melakukan urusan perjalanan,” katanya di sini hari ini.

Hari ini kira-kira 4,000 penduduk di Felda Selancar di sini terputus hubungan selepas laluan utama ke kawasan itu terputus akibat tanah runtuh.

Hujan lebat sejak semalam itu turut menyebabkan satu lagi laluan alternatif ditenggelami air selain rumah-rumah penduduk yang turut ditenggelami air.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata kerajaan pusat dan negeri memberi perhatian segera terhadap kejadian berkenaan yang melibatkan kepentingan rakyat.

Katanya, akibat kejadian itu menyebabkan seramai 110 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat mengambil peperiksaan itu kerana kertas peperiksaan tidak sampai.

“Terdapat seorang pesakit dialisis yang sedang diusahakan mendapat rawatan selanjutnya dan terdapat seorang ibu yang bersalin tetapi pihak ambulan telah membawa ibu itu ke klinik berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI