fbpx

Kuliah agama di masjid seluruh Kelantan ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan program kuliah agama di semua masjid di seluruh negeri ditangguhkan bermula hari ini.

Yang Di Pertua MAIK, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pengangguhan semua program kuliah itu yang merangkumi waktu subuh, dhuha, maghrib dan lain-lain itu berkuatkuasa sehingga 27 Oktober ini.

Menurutnya, selain itu, kelas al-Quran turut ditangguhkan sepanjang tempoh tersebut berkuatkuasa.

“Bagaimanapun, solat fardhu dan sunat masih boleh dilaksanakan seperti biasa.

“Tetapi perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak MAIK sebelum ini dalam usaha memcegah penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Mohamad Rizam berkata, pemakluman itu telah mendapat perkenanan dari Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama negeri.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat memandangkan berlaku peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di negeri Kelantan sejak akhir-akhir ini.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan, Masjid Mukim Pangkal Meleret dekat Machang ditutup bermula Khamis lalu selepas seorang jemaah yang hadir menunaikan solat baru-baru ini disahkan positif Covid-19.

Imam masjid mukim berkenaan, Kamaruzzali Dollah  berkata, notis penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Agama Jajahan Machang untuk sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI