fbpx

Pelarian Rohingnya diseludup dalam lori ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan keadaan ruang dalam sebuah trak yang diguna untuk mengangkut 106 pendatang asing. - Thaiger

BANGKOK – Polis Thailand menemui 106 pendatang asing tanpa izin (PATI) terkurung di dalam sebuah trak di wilayah Prachuap Khiri Khan, namun pemandu kenderaan tersebut gagal dikesan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ketika kejadian, seorang pemandu forklift menghubungi pegawai di Balai Polis Bang Saphan setelah dia menemui sebuah kenderaan mencurigakan yang disyaki membawa PATI di tepi Jalan Petchkasem. 

Di lokasi kejadian, polis menemui sebuah trak enam roda berukuran 20 meter panjang dengan nombor pendaftaran Bangkok.

Pelekat di belakang trak tertera perkataan ‘alat muzik rumah’, tetapi polis mendengar suara manusia di dalamnya. 

Setelah pintu dibuka, mereka menemui 106 warga Myanmar dan etnik Rohingya berhimpit atas satu sama lain di dalam ruang panas dan tidak berventilasi. Terdapat 75 lelaki dan 31 wanita termasuk 21 kanak-kanak bawah usia 15 tahun.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Bang Saphan dan kemudian ke Pejabat Imigresen Prachuap Khiri Khan untuk proses dihantar pulang. 

Selepas disoal siasat, PATI tersebut memberitahu polis bahawa mereka memasuki Thailand melalui sempadan dengan Myanmar di wilayah Tak.

Seorang penyeludup di Myanmar mengatur agar pemandu trak itu membawa mereka melalui Thailand untuk masuk ke Malaysia, di mana mereka merancang untuk bekerja.

Polis masih berusaha mengesan dan mendakwa pemandu tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI