fbpx

Polis tumpu pusat pelupusan sampah cari anggota badan Abby Choi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis kini mencari tubuh badan seorang model, mendiang Abby Choi (kiri) di sebuah tapak pelupusan sampah di Hong Kong semalam. - Foto Bizoom

HONG KONG – Polis Hong Kong menumpukan pencarian di sebuah tapak pelupusan sampah bagi mencari serpihan anggota badan milik seorang model yang kakinya dikerat dan ditemui di dalam peti sejuk sebelum ini, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Abby Choi, 28, hilang pada Selasa lalu sebelum kakinya yang dikerat ditemui tiga hari kemudian di dalam peti sejuk di bengkel penjual daging sementara. Bagaimanapun kepala, badan serta tangannya masih hilang.

Enam hari kemudian, polis menemui kepala Choi yang hilang dan beberapa tulang rusuk dalam periuk sup besar.

Semalam, lebih 100 anggota polis yang memakai sut pelindung dilihat menggunakan jengkaut dan penyodok untuk mencari tangan serta bahagian tubuhnya yang masih hilang.

Pencarian bahagian tubuhnya yang lain itu telah dilakukan di Tapak Pelupusan Wilayah Baharu Timur Laut di Ta Kwu Ling, Hong Kong berhampiran sempadan dengan tanah besar China.

Polis berkata, model itu terlibat dalam pertikaian kewangan melibatkan berpuluh juta dolar Hong Kong dengan bekas suaminya dan keluarganya dan sesetengah orang tidak berpuas hati dengan cara dia mengendalikan kewangannya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI