JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi beberapa anggota bomba cuba mengeluarkan sebuah loyang kek yang tersekat pada leher seorang kanak-kanak, lapor laman berita Liputan6.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @yuliantaraburhan. Kejadian itu dikatakan berlaku di Jogjakarta.
Kanak-kanak tersebut dilihat berada di atas riba seorang wanita ketika anggota bomba cuba memotong loyang kek yang berdiameter kira-kira 20 hingga 22 sentimeter (sm).
Ibu bapa kanak-kanak itu cuba menanggalkan loyang kek tersebut tetapi gagal lalu meminta bantuan bomba.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Seperti anak saudara saya tersangkut pada kerusi plastik, kelakar tapi kasihan,” komen seorang netizen. – Agensi