fbpx

KPDN, polis sekat lori, rampas semula minyak diesel 26,000 liter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan kanser payudara sebelum ia merebak dengan melakukan saringan dan pengesanan awal. – GAMBAR HIASAN

MELAKA – Sebanyak 26,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM83,000 yang diseleweng sekumpulan lelaki berjaya dirampas semula penguat kuasa dalam satu serbuan di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai dekat sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu, empat lelaki warga tempatan dan seorang warga Bangladesh berusia antara 25 sehingga 55 tahun ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, serbuan itu merupakan hasil maklumat awam dan intipan selama tiga hari yang dilakukan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Serbuan itu telah diketuai Pegawai Turus Risik Briged Tengah Pasukan Gerak Am (PGA), Asisten Superintenden Sohaimi Hasim dan kita berjaya menghalang sebuah lori tangki yang penuh dengan muatan diesel dari bergerak keluar meninggalkan premis berkenaan.

“Lima lelaki berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan kita telah merampas 26,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM83,000 yang dipercayai dijual kepada pihak industri dengan harga murah di bawah RM2.15 per liter,”katanya pada sidang akhbar di Jalan Perindustrian Bukit Rambai, di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM49,000 dan menyita sebuah kereta, motosikal, lori tiga tan, peralatan memindah minyak serta tangki simpanan diesel dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM400,000.

Mengulas lanjut beliau berkata, sindiket itu telah membeli minyak diesel dari beberapa stesen minyak di seluruh negeri ini menggunakan sebuah lori tiga tan yang telah diubah suai bagi simpanan berkapasiti 6,000 liter.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI