fbpx

Tiga geng aktif lakukan jenayah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar menunjukkan pistol angin yang digunakan oleh 'Geng Rizal' pada sidang media di IPD Kuala Muda, hari ini.

SUNGAI PETANI – Polis menahan lapan lelaki sekali gus menumpaskan tiga kumpulan penjenayah membabitkan kes pecah masuk pelbagai premis, curi motosikal dan rompakan berkumpulan menerusi Op Bersepadu Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini sejak bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, mereka terdiri daripada ‘Geng Rizal’, ‘Geng Bulu’ dan ‘Geng Wan Kelantan’ dan kesemua ditahan berusia lingkungan 17 hingga 34 tahun.

Menurutnya, enam daripada mereka merupakan ahli kumpulan ‘Geng Rizal’ yang aktif melakukan aktiviti pecah premis kerajaan, kedai dan kediaman penduduk di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata, antara premis yang telah dipecah masuk ialah premis kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Merbok di sini baru-baru ini.

“Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Mohamad Sharizal Sarif berusia 31 dipercayai ketua kumpulan geng tersebut dan alamat terakhirnya di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Bedong.

“Menerusi tangkapan ini juga, pihaknya telah berjaya menumpaskan ‘Geng Bulu’ yang aktif dalam kegiatan curi motorsikal apabila dua daripada enam tangkapan ‘Geng Rizal’ tersebut merupakan ahli ‘Geng Bulu’.

“Kita juga telah merampas sepucuk pistol angin, satu unit peti besi, satu unit mesin pemotong rumput dan beberapa lagi barang rampasan lain untuk membantu siasatan,”jelasnya di sini hari ini.

Sementara itu, dua lagi suspek berusia 33 dan 45 tahun yang ditahan dalam serbuan berasingan di Bukit Selambau baru-baru ini dikesan sebagai ‘Geng Wan Kelantan’ yang melakukan aktiviti rompak berkumpulan di sekitar daerah ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI