fbpx

Mahkamah: Lelaki curi seluar dalam wanita didenda RM2,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ampaian tempat seluar dalam milik mangsa dicuri.

PETALING JAYA – Seorang buruh didenda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri dua helai seluar dalam milik seorang wanita di sebuah rumah minggu lalu.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Liew Chee Hong, 45, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara tiga bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua helai seluar dalam milik seorang wanita berusia 23 tahun pukul 6 petang di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, di sini pukul 6 petang pada 23 Februari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu sebelum hukuman tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana dia hanya bekerja sambilan tanpa pendapatan tetap.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal memohon hukuman setimpal bagi memastikan tertuduh tidak mengulangi perbuatan sama.

Semalam Kosmo! melaporkan kegiatan seorang lelaki tempatan menceroboh kawasan perumahan untuk mencuri seluar dalam wanita terbongkar selepas ditangkap pihak polis di kawasan daerah ini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan insiden tersebut pada minggu lalu sekitar pukul 6.44 petang.

Katanya, kejadian tersebut dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki tempatan yang menceroboh perumahan itu dan mencuri seluar dalam wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI