KUALA LUMPUR – Sebilangan Ahli Parlimen masih merokok dalam bangunan Parlimen yang merupakan kawasan larangan merokok dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.
Perkara itu dibangkitkan oleh Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) dengan mendakwa masih ada wakil rakyat merokok di bangunan Parlimen termasuk dalam bilik Whip Ahli Parlimen.
“Ramai masih merokok walaupun bangunan Parlimen kawasan larangan rokok. Kita harus tunjuk contoh yang baik. Kita adalah wakil rakyat,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md. Nor mengingatkan Ahli Parlimen sentiasa mematuhi Peraturan Mesyuarat supaya masyarakat tidak menggelar sidang Dewan Rakyat sebagai ‘zoo’.
“Kalau kita ikut itu, tiadalah masyarakat di luar panggil kita ‘zoo’. Terima kasih,” katanya. – KOSMO! ONLINE