fbpx

Dimasukkan ke hospital, bekas isteri Hafidz Roshdi tak maafkan ‘penyondol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUHADA kini berdepan masalah kesihatan yang perlu dirawat di hospital.

PETALING JAYA – Hampir sebulan dikecoh dengan dengan dengan isu kecurangan dan diceraikan suami, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri terpaksa dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital akibat masalah kesihatan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun tidak menyatakan masalah kesihatan yang dihadapi, sebaliknya meminta maaf atas kesulitan.

“Assalamualaikum kepada rakan media, pelanggan dan sahabat yang cuba menghubungi saya.

“Saya minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat berikan kerjasama dan tanggungjawab buat masa ini.

“Ini kerana saya sedang menerima rawatan di hospital. Saya akan beri kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan,” katanya menerusi Insta Story.

Dalam hantaran yang dimuatnaik sebentar tadi, wanita berusia 29 tahun itu turut menyertakan gambar sebelah pipi kirinya bertampal dengan kapas berpelekat.

Sementara itu, menerusi hantaran lain, Nurul Shuhada atau mesra disapa Shu seakan memberi amaran kepada pihak ketiga yang memusnahkan rumah tangganya.

“Maaf dekat Humairah dan Umar? Tidak! Penyondol akan tetap penyondol.

“Kali ini saya sendiri akan tetap bercakap, bukan daripada orang lain semetelah saya sudah bercerai.

“Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini,” tulisnya.

Pada Isnin lalu Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua keluarga.

Terdahulu pada 22 Februari, Hafidz dipercayai melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Shuhada di hadapan ahli keluarganya.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, serta Umar, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI