KUANTAN – Seramai 1,375 orang daripada 374 keluarga di negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa di lima daerah ditempatkan di 25 PPS yang dibuka mulai semalam.
“Jumlah mangsa paling banyak ialah di daerah Rompin seramai 627 mangsa daripada 196 keluarga diikuti Maran sebanyak 489 orang, Jerantut (94 orang), Pekan (88 orang) dan Raub seramai 88 orang.
“Pihak APM masih terus melakukan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko dan dinaiki air dari semasa ke semasa,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya pada masa ini empat sungai di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Jerantut, Sungai Belat di Kuantan, Sungan Pukin di Rompin dan Sungai Keratong di Rompin.-KOSMO! ONLINE