fbpx

Liga Super: Tiada masalah buat JDT tewaskan KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG muda JDT, Arif Aiman Hanapi meraikan jaringan ketiga yang dihasilkannya ketika tewaskan Kuala Lumpur City 3-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR: Cuaca hujan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur nyata beri tuah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Kuala Lumpur City 3-0, sebentar tadi.

Dengan set pemain yang dipertaruhkan Esteban Solari, Harimau Selatan yang hadir sebagai juara bertahan jelas pasukan yang lebih baik daripada pelbagai aspek hingga menyaksikan pergerakan bola lebih banyak berlegar di kawasan KL City.

Beraksi atas padang basah langsung tidak beri kesan besar buat Harimau Selatan yang pamer dominasi hingga memaksa tuan rumah lebih banyak ‘berkampung’ di kawasan sendiri.

Sepanjang 45 minit pertama, JDT memperoleh sekurang-kurangnya enam peluang terbaik manakala percubaan tunggal KL City hanya hadir menerusi sepakan percuma Paulo Josue pada minit ke-31.

Usaha keras yang dilakukan pelawat akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-41 apabila Romel Morales tertampan ke gawang sendiri ketika usahanya untuk keluarkan bola dari kawasan bahaya.

Tujuh minit selepas aksi bersambung, kedudukan KL City makin tertekan apabila Endrick dos Santos meledak gol kedua JDT, yang juga jaringan sulungnya sebagai pemain naturalisasi.

Jaringan itu meletakkan JDT makin selesa, saling bertukar hantaran manakala pemain tuan rumah berdepan kesukaran untuk mengawal bola dengan menyaksikan The City Boys terpaksa turun ‘berkampung’ di kawasan sendiri.

Minit ke-70, Giancarlo Gallifuoco berjaya melakukan tandukan ke gawang JDT sebaliknya percubaannya itu berjaya dikeluarkan oleh pertahanan lawan di depan garisan gol.

Keputusan Solari memasukkan Ramadhan Saifullah Usman nyata jadi percaturan berbaloi apabila lorongan menarik yang dilakukan pemain itu pada masa kecederaan berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Arif Aiman Hanapi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI