fbpx

Orang Sabah mengeluh tiket balik raya mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa penduduk Sabah menyuarakan keresahan mereka apabila tiket penerbangan untuk pulang ke negeri itu pada musim perayaan nanti terlalu mahal.

Keluhan itu disampaikan di laman sosial Twitter selain rata-rata mereka turut meminta aduan tersebut didengari oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Irwan berkata, dia berasa seperti dianiaya oleh syarikat penerbangan setiap kali ingin pulang ke kampung ketika musim perayaan.

“Saya merupakan salah seorang Anak Sabah yang merasakan dianiayai oleh syarikat penerbangan setiap kali ingin balik ke kampung halaman apabila perayaan.

“Harga tiket waktu perayaan amatlah mengarut dan melampau. Kuala Lumpur ke Sandakan misalnya, seperti ke Kutub Utara,” ciapnya.

Katanya, keadaan tersebut menyebabkan penduduk Sabah terpaksa akur walaupun harga tiket dijual pada harga yang tinggi hanya kerana kampung mereka terletak di seberang Laut Cina Selatan.

“Tiada duit, tak perlu balik.

“Dengan penuh rendah diri, saya pohon jasa baik dan perhatian YB (Anthony) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati terdapat beberapa orang penduduk Sabah yang dipercayai kini merantau di semenanjung turut menyuarakan pandangan sama.

“Isu tiap kali musim perayaan. Harga tiket boleh pergi oversea (luar negara). Silap-silap boleh ke UK. Orang kata beli tiket awal? Beli tiket awal, macam murah lagi harga ke Jakarta atau Bali. Tahu cakap saja, cuba berada dalam kasut kita,” keluh Lisa.

“Betul tu. Mahu balik Sabah pun fikir banyak kali. Kadang-kadang tak balik pun tak apa, kepada yang tanya kenapa kami tak beli awal, beli awal pun masih mahal. Setiap perayaan atau cuti sekolah mesti mahal,” kata Mar.

“Aku tidak balik Sabah waktu perayaan sebab inilah, harga tinggi. Harap agensi berkaitan dapat selesaikan isu ini,” kongsi Asmir.

Sementara itu, tinjauan di beberapa laman web syarikat penerbangan mendapati, harga tiket sehala ke Sabah menjelang perayaan nanti boleh mencecah sehingga RM900. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI