fbpx

Sayur di Pulau Pinang ada racun perosak – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sampel sayur yang didakwa mengandungi racun makhluk perosak.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa kira-kira 87.5 peratus atau 98 daripada 112 sampel sayur di pasaran negeri ini mengandungi racun makhluk perosak, manakala 55 peratus atau 11 daripada 20 sampel beras didapati mengandungi bahan kimia yang sama.

Pendedahan itu dibuat CAP hasil kajian beberapa sampel sayur dan beras yang dibeli di pelbagai lokasi termasuk di pasar raya, pasar raya besar, pasar basah, pasar mini dan kedai runcit di sekitar negeri ini.

Presidenya, Mohideen Abdel Kadir berkata, kajian itu dilakukan dengan bantuan Wonjin Institute for Occupational and Environmental Health (WIOEH) serta sokongan daripada Financial Industry Public Interest Foundation (FIPIF) di Korea Selatan.

“Hasil sayuran yang diuji itu mendapati, mengandungi sejumlah racun makhluk perosak yang tinggi dan berlebihan serta racun makhluk perosak lain yang diharamkan oleh negara Kesatuan Eropah (EU) untuk digunakan di Malaysia.  Paling mengejutkan kehadiran sehingga 35 sebatian dalam satu sayuran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohideen berkata, selain menggunakan racun makhluk perosak yang berlebihan, petani juga didakwa menggunakan racun makhluk perosak yang diharamkan atau tidak dibenarkan berada di dalamnya.

“Contohnya, racun makhluk perosak Abamectin yang hanya dibenarkan untuk digunakan dalam buahan seperti tembikai, timun dan tomato, ditemui dalam daun saderi dan daun bawang,” jelasnya kebanyakan pengguna tidak menyedari tentang tahap serta jenis racun perosak yang digunakan dalam hasil pertanian tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI