fbpx

Banjir: PPS dibuka di SK Palong 7, Kampung Pasir Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS yang dibuka di Balai Raya Kampung Pasir Besar, Gemas, Tampin hari ini.

JEMPOL – Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka akibat kejadian banjir di negeri ini hari ini masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Palong 7 dan di Balai Raya Kampung Pasir Besar, Gemas, Tampin

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, PPS di SK Palong 7 melibatkan mangsa terjejas banjir kilat di Kampung Jeram Panjang.

“PPS SK Palong 7 dibuka pada pukul 2.12 petang tadi. Pihak APM dimaklumkan seramai dua keluarga melibatkan lima mangsa terjejas telah dibawa ke PPS berkenaan.

“Terdapat dua warga emas daripada lima mangsa terjejas banjir itu diselamatkan. Setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. PPS di Balai Raya Kampung Pasir Besar melibatkan seramai dua orang dari sebuah keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, sebuah PPS dibuka di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Jelai 4, Gemas di Tampin kira-kira pukul 1.54 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI