fbpx

Restoran McD, KFC, The Manhattan Fish Market tawar Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (dua dari kiri) melancarkan Menu Rahmah di Restoran Infak, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Rangkaian makanan segera McDonald’s (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC) dan The Manhattan Fish Market bakal menawarkan Menu Rahmah bermula bulan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tiga restoran francais makanan popular berkenaan telah menyatakan kesediaan menyertai inisiatif kerajaan tersebut.

Menurut beliau, sebelum ini antara rangkaian makanan segera yang telah menawarkan Menu Rahmah sejak bulan lalu adalah Burger King, Marrybrown, A&W dan Domino’s Pizza.

“Setakat ini terdapat 1,142 premis makanan di seluruh negara melibatkan restoran dan kedai makan sudah menyertai inisiatif Menu Rahmah. Jumlah itu dijangka terus bertambah menjelang bulan Ramadan,” katanya di sini hari ini.

Salahuddin berkata, lebih banyak pemain industri makanan dipelawa untuk bersama-sama menjayakan aspirasi kerajaan membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup masa kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI