fbpx

Lelaki Myanmar seludup arak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minuman keras yang dirampas di sebuah premis di Taman Cendana, Pasir Gudang di sini semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara Myanmar bertindak berani apabila cuba menyeludup 576 tin dan 158 botol arak bernilai RM21,562 di dalam sebuah premis di Taman Cendana, Pasir Gudang, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, tindakan suspek berusia 40 tahun itu terbantut apabila dia diberkas kira-kira pukul 1.30 petang.

“Pemeriksaan pihak polis telah menemui sebanyak 576 tin dan 157 botol arak seludup di dalam premis tersebut.

“Hasil siasatan lanjut, suspek didapati menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan arak seludup di sekitar kawasan Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dimin berkata, tangkapan dan barang rampasan seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.

“Orang awam diseru supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI