fbpx

Kematian Sarjan Jana tiada elemen jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarjan Jana ditemui mati dengan tiga kesan tembakan pada leher, dada dan kepala di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas 19 Februari lalu.

GEORGE TOWN – Kematian anggota polis berpangkat Sarjan yang ditemui dengan tiga kesan tembakan pada leher, dada dan kepala di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas di sini pada 19 Februari lalu disahkan tiada kaitan dengan sebarang elemen jenayah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan berhubung kejadian berlaku telahpun selesai dijalankan dan mengklasifikasikan kematian mangsa berusia 51 tahun itu sebagai mati mengejut (SDR).

“Kita sudah tengok dari sudut kriminal, tidak ada. Kesan daripada bedah siasat dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian adalah konsisten dengan dapatan pertama kita bahawa ianya adalah satu tindakan bunuh diri.

Balai Polis Bayan Lepas.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan yang anggota terbabit seorang yang baik dan mudah bekerjasama.

Pada 19 Februari lalu, Sarjan Jana Anak Milie ditemui sudah tidak sedarkan diri selepas disyaki menembak diri sendiri dengan dengan menggunakan sepucuk pistol dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI