fbpx

Isteri Caprice pesan jangan buka aib dalam media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARRA INALIS bersama suaminya, Caprice.

ISU rumah tangga yang kerap dikongsi dalam medium maya menjentik perhatian isteri penyanyi rap dan aktivis Caprice, Farra Inalis.

Ibu kepada seorang anak itu mengingatkan orang ramai supaya beringat sebelum mendedahkan kisah peribadi kepada umum.

Menerusi perkongsian Instagramnya, wanita yang mesra disapa Elis itu meluahkan kekesalan apabila media sosial sudah menjadi gelanggang penyebaran aib.

Malah katanya, medium yang sepatutnya mendekatkan antara satu sama lain kini menjadi punca sesama manusia saling bermusuhan.

“Kalau dahulu, dekat media sosial ni masih ada batas, cuma ‘post’ video atau gambar yang pilih untuk tunjuk sahaja, masalah peribadi simpan sebab malu kalau orang tahu.

“Tapi sekarang dunia sekarang dah jadi satu platform tempat meluah perasaan, buka aib sesama sendiri dan jadi penyebab kita sesama manusia bergaduh atau bermusuh,” katanya.

Menurutnya lagi, kelebihan teknologi yang sedia ada perlu digunakan dengan sebaik-baiknya supaya tidak memperbodohkan diri sendiri.

Mizz Lahar setuju dengan pandangan Farra tapi dia pun kena hati-hari juga, ramai memerhati

Mizz Lahar: Agak-agaknya betul ke Anju dan bekas tunang sudah pilih jalan damai. Harap tiada lagi ‘perang’ jual aib berlaku!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI