fbpx

Kekurangan data cabaran KBS – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH mengakui masalah kekurangan data menyebabkan KBS berdepan kesukaran untuk menganjurkan program yang dirancang.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tanpa berselindung mengakui berdepan beberapa cabaran selepas 100 hari beliau memegang tampuk kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut mendedahkan, antara cabaran tersebut adalah kesukaran untuk mendapatkan data dalam usaha kementerian bagi menganjurkan program-program yang dirancang.

Bagaimanapun, kata Hannah, beliau bersama-sama pihak kementerian sedia untuk menyahut cabaran selain bekerja keras bagi memastikan KBS dapat memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia.

“Cabaran saya (selepas 100 hari) adalah kami kekurangan data, terutamanya sukar untuk kumpul data yang diperlukan bagi penganjuran sesuatu program.

“Sebagai contoh, kalau nak buat program renang untuk golongan B40, saya perlukan data di mana mereka, di mana keja­dian lemas dan di mana infrastruktur kolam renang, jadi agak mencabar untuk dapatkan data ini,” katanya.

Bagaimanapun, selepas 100 hari memimpin KBS, beberapa perubahan sudah dibawa Hannah terutama­nya dalam arena sukan negara apabila beliau memberi jaminan tidak ada Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) yang dianaktirikan.

Pada masa sama, beliau juga mahu pembahagian peruntukan kepada setiap persatuan dan kelab dilakukan lebih telus de­ngan segala maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman sesawang untuk tatapan orang ramai.

Sementara itu, Hannah berjanji untuk memperbaiki semua perkhidmatan yang ditawarkan KBS, lebih-lebih lagi meng­anggap tempoh dua tahun ini sangat penting bagi memastikan kecemerlangan sukan negara.

“Bagi kita masa untuk memperbaiki semua khidmat KBS. Bagi tahun 2023 dan 2024, ia tempoh paling genting untuk KBS kerana ada banyak temasya penting nanti. Oleh itu, kita akan bantu pemegang taruh dan be­kerja lebih keras,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI