fbpx

Pemuda mati lemas kereta dinaiki dihanyutkan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa mayat Sarathkumar Krishnan yang ditemui mati di dalam kereta selepas dihanyutkan air deras di Jalan GSA Chamek, Paloh, Kluang.

KLUANG – Seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di Johor setelah ditemui meninggal dunia selepas kereta dinaiki air dihanyutkan air deras dalam kejadian di Jalan GSA Chamek, Paloh, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pukul 7.20 pagi itu melibatkan mangsa iaitu Sarathkumar Krishnan, 20-an, sedang memandu seorang diri di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.

“Usaha mengesan mangsa terus dilakukan dan pada pukul 12.20 tengah hari sebuah kereta jenis Toyota Avanza telah ditemui dengan keadaan ditenggelami banjir.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut telah menjumpai seorang lelaki dan didapati telah meninggal dunia sebelum mayat dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang untuk bedah siasat,” katanya.

Ujarnya, kes diklasifikasikan mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI