fbpx

Jual roti canai untuk sara ibu uzur, adik hidap strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN (kiri) melayani Selamat (kanan) yang hadir menziarahi Zulkifli di kediaman ibu mereka di Bandar Maharani, Muar baru-baru ini.

MUAR – Kudratnya mungkin tidak selincah lelaki lain, namun Abdul Rahman Ahmad, 60, tetap bersemangat untuk mencari rezeki demi keperluan ibu dan adiknya yang sedang uzur.

Abdul Rahman yang berasal dari Bandar Maharani di sini berkata, meskipun ibunya, Fatimah Mohd. Lit, 83, tidak menghidap sebarang penyakit kronik, namun kudrat wanita itu terbatas dan memerlukan perhatian.

Selain Fatimah, Abdul Rahman juga memikul tanggungjawab menjaga adik lelakinya, Zulkifli Ahmad, 42 yang kini terlantar akibat strok sejak tiga tahun lalu.

Menurut Abdul Rahman, dia dan Zulkifli yang tidak pernah berkahwin kini menetap bersama ibunya bagi menemani dan menjaga warga emas itu.

“Sebelum ini, adik pernah menggalas jawatan Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Muar pada tahun 2014 sehingga 2017.

“Setelah itu, Zulkifli juga aktif berpolitik di samping menjaga ibu kerana saya juga sibuk menguruskan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan pada sebelah pagi.

“Bagaimanapun, sejak dia diserang strok pada tahun 2019, segala-galanya berubah dan saya terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik serta ibu menggunakan hasil keuntungan jualan roti canai,” katanya ketika ditemui di di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Rahman, hasil keuntungan jualan tidaklah besar memandangkan perniagaan yang diusahakan itu hanya dalam skala kecil.

“Dengan wang inilah saya gunakan untuk menampung ke­perluan kami sekeluarga. Alhamdulillah, adik ada juga menerima wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), untuk meringankan beban keluar­ga” katanya.

Terdahulu, Zulkifli menerima kunjungan daripada Setiausaha UMNO Bahagian Muar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim.

Dalam kunjungan tersebut, Selamat turut menyerahkan sumbangan kerusi roda serta wang tunai bagi membantu me­ringankan beban keluarga itu.

Sementara itu, mereka yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan ke nombor akaun 01157-4100-00321-93 milik Abdul Rahman Ahmad di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI