fbpx

6,694 mangsa dipindahkan ke 63 PPS di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menggunakan tong plastik untuk keluar dari rumah nya yang dilanda banjir di Kampung Paya Kenangan, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak kepada 6,694 mangsa daripada 1,847 keluarga setakat pukul 2 petang ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa tersebut membabitkan 63 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah iaitu Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian dan Kulai.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat berbanding 2,162 mangsa daripada 581 keluarga di 25 PPS yang direkodkan pada pukul 9 pagi tadi.

“Daerah terjejas teruk setakat ini ialah di Segamat membabitkan 2,071 mangsa daripada 639 keluarga di 23 PPS diikuti Kluang dengan seramai 1,952 mangsa daripada 518 keluarga di 10 PPS.

“Sementara itu, Kota Tinggi merekodkan 1,315 mangsa daripada 307 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS manakala di Johor Bahru 1,004 mangsa daripada 296 keluarga di sembilan PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, seramai 320 penduduk daripada 80 keluarga di Kulai dipindahkan di lima PPS manakala di Pontian membabitkan 19 penduduk daripada empat keluarga di sebuah PPS.

Sementara itu di Mersing, ia melibatkan 13 penduduk daripada tiga keluarga di dua PPS.

Katanya, setakat ini, dua PPS iaitu Balairaya Taman Melati di Kluang dan Dewan Kampung Melayu Batu 10 di Johor Bahru ditutup setakat ini.

Tambahnya, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan seluruh negeri ini di bawah amaran bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan yang dijangka berlaku sehingga esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI