fbpx

Dua ekor musang sesat jatuh siling ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap dua ekor musang yang jatuh dari siling di dalam kelas sebuah kolej di Jalan Telipot, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menangkap dua ekor musang yang terjatuh dari siling kelas sebuah kolej di Jalan Telipot di sini semalam.

Jurucakap APM Kota Bharu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.26 pagi.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari seorang kakitangan kolej berkenaan semasa masuk ke dalam kelas sebelum melihat dua ekor musang tiba-tiba terjatuh dari siling dan bersembunyi di belakang almari.

“Kakitangan kolej itu kemudiannya membuat panggilan kecemasan. Anggota APM yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap dua ekor musang seberat empat kilogram itu.

“Kedua-dua ekor musang tersebut agak agresif semasa anggota APM menangkap haiwan itu menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI