fbpx

Cemas siling rumah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kejadian siling sebuah rumah runtuh akibat hujan lebat.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila plaster siling kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat.

Kejadian itu juga sempat dirakam oleh salah seorang ahli keluarga tersebut sebelum dimuat naik di laman TikTok.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di mana video tersebut dirakam.

Menerusi rakaman itu katanya, hujan lebat berterusan pada mulanya menyebabkan plaster siling rumahnya retak dan dimasuki air hujan.

Bagaimanapun, tiada individu yang cedera akibat daripada kejadian itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi perasaan cemas apabila menonton video tersebut.

“Geram juga tengok reaksi mereka, kalau aku dah berlari cemas selamatkan barang-barang penting,” kata Siti.

“Dia boleh lalu-lalang bawah siling itu nak selamatkan barang-barang, nyawa lagi penting kak,” kata MA.

“Syukur semua selamat bila buat rumah barang yang digunakan mesti berkualiti, beli perlindungan insurans rumah, bolehlah tuntut apa-apa yang patut,” kata Nadia.

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih 5 juta tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI