TEMPOH penangguhan khidmat tentera ahli ketiga tertua kumpulan K-pop popular, BTS iaitu J-hope telahpun tamat.
Perkara tersebut disahkan Hybe selaku agensi pengurusan bahawa J-hope bersedia untuk mendaftarkan diri ke Persatuan Tenaga Kerja Tentera di Korea Selatan.
Kini, J-hope akan dipanggil mendaftar masuk tentera pada bila-bila masa sahaja. Rata-rata peminat terkejut dengan perkhabaran tersebut kerana menjangkakan Suga akan masuk kem tentera terlebih dahulu.
“Saya tidak menyangka J-hope akan menjadi ahli seterusnya yang menyertai latihan ketenteraan,” kata peminat.
“Bagaimana dengan status sebagai duta jenama terkenal Louis Vuitton?,” tanya pengikut.
cv“Ingatkan mereka ke sana mengikut umur,” tutur netizen.