fbpx

89 calon SPM terkandas akibat banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu membawa calon SPM dan guru ke pusat peperiksaan di SMK Kahang, Kluang.

JOHOR BAHRU – Seramai 89 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini terkandas akibat banjir dan tidak dapat menduduki peperiksaan pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norliza Noh berkata, kesemua calon SPM yang terkandas itu membabitkan tujuh pusat peperiksaan di Segamat dan satu di Kulai.

“Seramai 89 calon SPM di Segamat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tenang Stesen, SMK Bandar Putra, SMK Tinggi, SMK Gemereh, SMK LKTP Pemanis, SMK Dato Bentara Dalam dan SMK Labis Segamat.

“Manakala di Kulai membabitkan SMK Taman Putri. Hari ini melibatkan peperiksaan subje Sains dan Fizik manakala sebelah petang SRT ( Sains Rumah Tangga),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, ada kes terpencil di mana calon SPM terpaksa menumpang di pusat peperiksaan yang lain.

“Seramai 127 calon SPM di daerah Kota Tinggi menumpang di pusat peperiksaan yang lain. Ia melibatkan SMK Laksamana, SMK Tun Habab, SMK Agama dan SMK Bandar,” katanya.

Jelasnya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sedang memantau keadaan terkini terutama membabitkan keselamatan calon di semua pusat peperiksaan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI