fbpx

Liga Super: Sikh Izhan ada masa depan bersama NSFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengendali Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Devan percaya tidak wajar membandingkan penjaga gol baharu pasukan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dengan bekas penjaga gol musim lepas, Ahmad Syihan Hazmi.

Sebagai rekod, skuad Hobin Jang Hobin berjaya mendapat khidmat Sikh Izhan secara pinjaman selama semusim daripada kelab Selangor FC pada awal tahun ini.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu dilihat tampil cemerlang ketika membantu skuad NSFC mengutip satu mata pada aksi bertemu Sri Pahang dengan keputusan berakhir seri 1-1.

Kata Devan, bekas pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu memiliki bakat yang besar tetapi masih terlalu awal untuk membuat perbandingan dengan Syihan yang telah berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Sikh Izhan ada bakat yang besar dan harap pemain pertahanan kami dapat membantu dia kekal tenang di atas padang. Dia juga perlu memainkan peranan untuk bersuara dalam usaha kawal benteng pasukan.

“Jika ditanya mengenai perbandingan, susah nak cakap kerana buat masa ini Syihan adalah penjaga gol No. 1 skuad Malaysia manakala Sikh Izhan pula hanya mewakili skuad bawah 23 (B-23) negara.

“Justeru, kita harus akui jurang kualiti agak ketara tetapi saya percaya berbekalkan masa, Sikh Izhan akan mencapai potensi sebenar kerana dia perlu bermain dalam skuad utama untuk mendapatkan pengalaman,” katanya.

Skuad NSFC yang berjaya mencipta kejutan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keempat musim lalu akan berdepan dengan Penang FC di Stadium Bandaraya malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI