fbpx

Anwar tiba di Filipina untuk lawatan kerja dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Dr. Wan Azizah tiba di Filipina, hari ini untuk lawatan rasmi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Udara Villamor, Manila, Filipina hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara republik itu.

Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi kelimanya ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada akhir tahun lepas.

“Saya disambut Menteri Kebajikan dan Pembangunan Rexlon T. Gatchalian, Timbalan Menteri Bianca Christina Cardenas Zobel, Duta Filipina ke Malaysia TYT Charles C. Jose dan Wakil Daerah Kota Pasay TYT Antonio G. Calixto,” kata Anwar menerusi Facebook rasminya.

Anwar tiba di Filipina untuk lawatan rasmi. – FOTO PEJABAT PERDANA MENTERI

Beliau memaklumkan akan bertemu Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. dan juga anggota kerajaan Filipina dalam rangka memperkemas serta memperkukuh hubungan akrab kedua-dua negara, selain meneroka peluang kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pertemuan tersebut juga akan membincangkan tentang pelbagai perkara termasuk keselamatan, pertanian, industri halal dan ekonomi digital selain isu serantau serta antarabangsa yang ada kepentingan bersama.

“Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk ’30 Tahun Selepas Gelombang Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEAN’ di Universiti Filipina,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI