fbpx

Liga Super: JDT sedia ‘pancing’ khidmat Radamel Falcao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radamel Falcao pernah dianggap sebagai salah seorang prolifik di Eropah sebelum ini.

PETALING JAYA – Penyerang veteran antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan hampir pasti menyertai skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas kontraknya bersama kelab La Liga, Rayo Vallecano berakhir pada Jun depan.

Menurut laporan media sukan utama Sepanyol, Marca, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan mahu menandatangani khidmat Falcao untuk tempoh sehingga 2025.

Selepas kontraknya berakhir, Falcao akan terus diberi tugas menjadi sebahagian daripada pengurusan skuad Harimau Selatan dengan menjadi duta kelab JDT di peringkat antarabangsa.

Penyerang berusia 38 tahun itu dilaporkan tidak mempunyai masalah untuk mengembangkan kariernya ke arena bola sepak Asia buat kali pertama selepas berkelana di Eropah sejak tahun 2009.

Falcao sebelum ini dianggap salah seorang penyerang berkelas dunia selepas mewakili beberapa kelab utama seperti River Plate, Porto, Atletico Madrid AS Monaco, Manchester United, Chelsea dan Galatasaray. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI