fbpx

Mayat nelayan lemas ditemui terapung di muara sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengangkat mayat nelayan yang lemas.

KANGAR – Mayat seorang nelayan yang dikhuatiri lemas ditemui terapung di kawasan muara sungai Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, pada pukul 7.40 pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Amin Rahim, 28, dipercayai lemas selepas bot dipandunya melanggar sebuah bot lain lalu terkena libasan batang pemegang kemudi enjin dan menyebabkannya hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, susulan kejadian itu, satu pasukan menyelamat telah ditubuhkan semalam bagi mengesan mangsa terlibat dan operasi pencarian turut ditangguhkan memandangkan keadaan tidak mengizinkan.

“Mayat mangsa telah ditemui terapung oleh orang awam di muara Sungai Kampung Seberang Tok Pi pada pagi tadi dan dibawa ke pos kawalan tempat kejadian (PKTK) bagi tujuan pengecaman,” katanya.

Dalam pada itu, Yusharifuddin berkata, hasil pemeriksaan ke atas mayat berkenaan mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa dan polis turut menemui kesan darah pada bahagian hidung serta telinga.

Katanya, bot yang dipandu mangsa juga tidak mengalami sebarang kerosakan akibat daripada pelanggaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI