fbpx

26 bubu naga haram dirampas Maritim Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubu naga dipasang sekitar barat laut perairan Sungai Janggut dirampas oleh Maritim Malaysia Selangor.

KUALA SELANGOR – Kehadiran dua pelampung mencurigakan di tengah laut membawa kepada penemuan 26 unit bubu naga di sekitar barat laut perairan Sungai Janggut di sini, semalam.

Kesemua bubu ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor itu kemudiannya dirampas, kira-kira pukul 11 pagi.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, perkara itu dikesan pihaknya yang melakukan rondaan rutin menerusi bot di perairan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dua pelampung yang masing-masing diikat dengan 13 unit bubu naga.

“Anggota Maritim kemudian menunggu selama 30 minit, namun tiada bot nelayan menghampiri kawasan tersebut.

“Kesemua bubu itu dirampas dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI