fbpx

DBKL pindahkan halangan oleh peniaga sekitar Danau Kota, Taman Melati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL mengenakan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang didapati membina struktur kekal di laluan awam serta menyambung bekalan elektrik secara haram dari tiang lampu awam.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tindakan menyita dan memindahkan halangan oleh peniaga di sekitar Danau Kota dan Taman Melati semalam.

DBKL dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, sejumlah sembilan kes tindakan sita di bawah Seksyen 46(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah dilaksanakan.

“Peniaga dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana didapati membina struktur kekal di laluan awam, menyambung bekalan elektrik secara haram dari tiang lampu awam dan meninggalkan peralatan perniagaan di tapak.

“Operasi dilaksanakan dengan kekuatan 18 orang anggota penguat kuasa dan kakitangan Pejabat Cawangan DBKL,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, tindakan seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa terhadap mereka yang melanggar peraturan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI