fbpx

UPSI anjur program bahasa Inggeris untuk warga Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Akito Global Inc., Albert Cheng (dua dari kiri) di UPSI, Tanjung Malim semalam.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi hub pendidikan bertaraf antarabangsa apabila dipilih untuk menganjurkan Program Language and Culture Workation (Japanese) 2023 selama dua minggu di universiti tersebut bermula semalam.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, seramai 10 warga negara Jepun dipilih mengikuti program itu untuk mempelajari bahasa Inggeris dalam usaha membudayakan penggunaannya dalam pekerjaan.

“Peserta bukan sahaja didedahkan dengan ilmu pengajian bahasa Inggeris dengan lebih baik untuk digunakan dalam industri, malah berpeluang mendekati daerah Muallim yang menyimpan pelbagai khazanah bernilai untuk diterokai oleh pengunjung sebagai sebuah hab edutourism tanah air.

“Inisiatif ini juga memberi pendedahan kepada peserta berkaitan isu-isu semasa dalam bahasa Inggeris sekali gus dapat membantu peserta dalam usaha ke arah pembudayaan penggunaannya dalam sektor pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, katanya, dalam meneroka potensi kebolehpasaran UPSI ke peringkat antarabangsa, program itu dilihat sebagai langkah proaktif untuk membuka lebih banyak peluang kerjasama.

Pada masa sama, dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Language dan Culture Workation 2023 semalam di Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, Md. Amin berharap agar semua peserta mendapat manfaat dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh pada program itu demi pembangunan kemahiran insaniah secara berterusan.

Beliau berkata, UPSI yang terletak di Tanjung Malim berada dalam lokasi strategik untuk menjadi pusat rujukan pendidikan, bukan sahaja menjadi gedung ilmu yang tersohor dan memberi manfaat kepada mahasiswa, malah meneroka potensi kebolehpasaran UPSI ke peringkat antarabangsa.

“Justeru, program ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk membuka lebih banyak peluang kerjasama antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa Dan Komunikasi (FBK), Prof. Madya Dr. Mazura Muhammad menyifatkan program anjuran fakulti itu dijalankan dalam suasana ekopelancongan pendidikan sekali gus memberi dimensi yang berbeza menerusi pembelajaran bahasa Inggeris di negara Asia.

“Sempena program, peserta dari Jepun itu berpeluang mengunjungi jejak peninggalan tokoh pejuang kemerdekaan tanah air menerusi Heritage Trail oleh Muzium Pendidikan Nasional, menjejaki peninggalan perang dunia kedua di Slim Village dan menikmati sajian makanan yang popular seperti pau.

“Mereka juga menyertai pelbagai aktiviti riadah serta menikmati keindahan alam lebih 20 buah air terjun dan pemandangan gunung yang cantik selain kemudahan fasiliti yang sedia ada di UPSI seperti UPSI Adventure Park dan UPSI’s Sports City,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI