fbpx

Bot Perikanan PL87 dilaporkan hilang, gagal dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot Perikanan PL87 yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Pengkalan Tampoi, semalam.

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayasia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) bagi mengesan sebuah bot milik Jabatan Perikanan Negeri Johor yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Pengkalan Tampoi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima laporan pada pukul 7.51 malam tadi daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata, bot milik Jabatan Perikanan Negeri Johor PL87 bersama empat orang kru dilaporkan tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan setelah berlepas dari Tanjung Pengelih sekitar pukul 12.45 tengah hari semalam.

Katanya, bot tersebut sepatutnya tiba di Pengkalan Tampoi pada pukul 6.30 petang.

“Susulan laporan yang diterima, MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan Op Carilamat pada pukul 8 malam tadi dengan menggerakkan bot Pengawal 46 dan bot Kilat 18 bagi mengesan bot dan mangsa yang terlibat.

“Lokasi pencarian ditumpukan pada sekitar perairan Tuas dan Tanjung Piai ekoran maklumat diterima dari pihak berkuasa Singapura mengenai lokasi terakhir Bot PL87 dikesan di perairan Tuas sekitar 3 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pasukan Polis Marin (PPM) turut terlibat dalam operasi tersebut dengan menggerakkan tiga buah aset bagi membantu pencarian.

Tambahnya, pihak Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya juga telah berhubung dengan pihak berkuasa Singapura dan Indonesia sekiranya terdapat maklumat lanjut atau pengesanan mengenai bot PL87 di perairan negara jiran.

“Op Carilamat pada hari ini turut dibantu oleh kapal KM RAMUNIA milik Maritim Malaysia bersama Bot PL39 milik Jabatan Perikanan Negeri Johor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI