fbpx

Amaran hujan berterusan di Pahang, Melaka, Johor sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri sehingga esok.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran pertama iaitu amaran seksyen A, amaran hujan berterusan kategori bahaya telah dikeluarkan melibatkan negeri beberapa daerah di Pahang serta seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang melibatkan daerah Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Amaran itu dikenakan sehingga Khamis, 2 Mac ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori buruk di Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan sehingga Khamis.

“Bagi seksyen C iaitu amaran hujan berterusan kategori waspada pula dikeluarkan di beberapa daerah di Perak, Pahang, Sarawak serta seluruh negeri Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub,” jelasnya.

Katanya, daerah yang terlibat di Sarawak ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam,” katanya.

Sementara itu katanya, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI