fbpx

Wee Ka Siong dapat surat saman sebab 3 biji telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong mencuri tumpuan apabila membawa tiga biji telur ayam di Dewan Rakyat, 22 Februari lalu.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong memberitahu beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India ekoran kenyataannya ketika mencelah sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat, 22 Februari lalu.

Sebelum ini, Presiden MCA itu mencuri tumpuan apabila membawa tiga telur ayam berlainan jenis iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan ke Dewan Rakyat.

Beliau ketika itu mencelah perbahasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan mendakwa ketiga-tiga jenis telur itu berbeza dari saiz dan harga.

“Cuma saya hairan apabila saya berucap di sini, saya (ada) terima surat daripada peguam yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tak faham.

“Saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini. Apa salah saya sehingga pengimport melalui peguam tulis surat kepada saya,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong dalam hantaran di Facebook berkata, sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat, beliau hanya menjalankan tanggungjawab untuk membangkitkan isu melibatkan kepentingan negara.

“Saya tak pernah sebut nama mana-mana syarikat atau individu dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat. Tapi, mereka yang hantar surat peguam kepada saya pula, jadi saya jawablah surat tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI